meh akk bagi resepi Agar - Agar Telur, dah macam telur sangat kan..kan...kan...



RESEPI AGAR-AGAR TELUR

Bahan-bahan untuk adunan berwarna kuning:
● 1 paket serbuk agar-agar
● 520 ml air
● 11 sudu teh gula
● 2 sudu teh tepung kastard
● 10 tbs susu ideal
● 2 biji ubi kentang
● Sedikit perwarna kuning

Cara-caranya:
1. Ubi kentang direbus dan sesudah masak dilecek.
2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk agar-agar. Gaul.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan Ubi kentang yang telah digaul bersama tepung kastard dan susu ideal. Masukkan juga pewarna kuning.
5. Setelah mendidih tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam acuan bulat yang kecil seperti size kuning telur.
6. Masukkan ke dalam peti ais. Setelah beku keluarkan dari acuan dan ketepikan sebentar.

Bahan-bahan untuk adunan berwarna putih:
● 1 paket serbuk agar-agar
● 450 ml air
● 10 sudu teh gula
● 50 ml santan
● Sedikit Perisa vanila

Cara-caranya:
1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk agar-agar. Gaul.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan santan dan didihkan sebentar.
4. Masukkan perisa vanila dan tutupkan api.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan berbentuk telur dan apabila hampir beku masukkan adunan berwarna kuning di tengah- tengahnya. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk.
6. Setelah benar-benar adunan sebati keluarkan dari acuan dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.
Sumber: Denaihati Network
dan

0 Response to "meh akk bagi resepi Agar - Agar Telur, dah macam telur sangat kan..kan...kan..."

Posting Komentar

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja..

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja.. Bahan2: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu pekat 1 cwn...