RESEPI TAU FU FAH YANG LAZAT



Bahan–Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[;]300g kacang soya
[;]2.5 liter air
[;]2 helai daun pandan
[;]2 sudu tepung jagung
[;]1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

Bahan-bahan untuk air gula –

[;]Secawan gula
[;]2 cawan air
[;]Sehelai daun pandan

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [;]Rendam kacang soya 5 – 6 jam

2. [;]Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)

3. [;]Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)

4. [;]Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

5. [;]Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

6. [;]Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

7. [;]Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!

8. [;]Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

9. [;]Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula. Caranya, Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul). Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

10. [;]Hidangkan Tau fu fah bersama air gula.
dan

0 Response to "RESEPI TAU FU FAH YANG LAZAT"

Posting Komentar

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja..

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja.. Bahan2: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu pekat 1 cwn...