
Bubur Pulut Hitam Vanila adalah salah satu manisan pilihan yang patut anda cuba untuk waktu berbuka puasa. Gabungan tradisi masih dikekalkan namun diolah menjadi lebih segar dengan penambahan rasa Vanila yang pastinya mengancam! Bukan sahaja menambahkan kesedapan bubur pulut hitam ini malahan rasa baru ini boleh buat anda dan seisi keluarga jatuh cinta pandang pertama! Cuba resepi ini dengan sediakan bahan-bahan masakan seperti di bawah.
Bubur pulut Hitam Vanilla
Bahan-bahannya
- 500 ml santan cair
- 100 ml santan pekat
- 400 ml air
- 200 gm pulut hitam
- 150 gm gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 300 gm ais krim vanilla
Cara membuat Bubur pulut Hitam Vanilla
Rebus pulut hitam bersama air dan biar sampai kembang.
Setelah itu, masukkan pula gula Melaka, santan cair serta daun pandan.
Biarkan mendidih selama lebih lima minit.
Masukkan pula santan pekat dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
Kacau dan tutup api apabila masak.
Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan ais krim vanila
Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Bubur pulut Hitam Vanilla. Manis dan Sedaaaap Banget"
Posting Komentar