Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka



Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka

Bahan A

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 300gm gula merah / gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 250gm gula
  • 100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
  • 1 helai daun pandan

Loyang 10" (basahkan dahulu)

Cara-cara :

  1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
  2. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
  3. Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
  4. Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
  5. Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.
dan

0 Response to "Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka"

Posting Komentar

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja..

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja.. Bahan2: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu pekat 1 cwn...