13 Resepi Aiskrim Malaysia Viral yang Anda Perlu Cuba!



Fenomena kepelbagaian resepi aiskrim viral yang sangat menyelerakan menyebabkan kami merasakan perlu untuk mengumpulkan resepi kesemua aiskrim yang sedap ini untuk panduan anda! Supaya senang anda mencuba 13 aiskrim viral Malaysia tanpa perlu google satu-satu, buang masa. Oleh itu, kami kongsikan resepi di bawah dan jangan lupa cuba untuk keluarga anda!

Kredit: kisahdunia

1. AISKRIM CHOKI-CHOKI





RESEPI :

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Kacau semua bahan kemudian didihkan manja-manja menggunakan api kecil. Letakkan tepung jagung bagi lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah kembung. Kemudian tapis dan untuk choki-choki anda boleh potong kepada dua. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit untuk ratakan.

2. AISKRIM JERUK




RESEPI : Bancuh air gula lepas tu boleh campur dengan air jeruk. Senangkan!

3. AISKRIM JELLY LOLIPOP




RESEPI :

5 Liter air
1 packet jelly (Perasa laici/ apa-apa perasa kegemaran anda)
1 tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
Plastik ais krim

Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut kemudian barulah hidupkan api), masak hingga larut dan sebati. Pastikan kacau selalu. Rasa dan bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Isi dalam plastik dan siap!

4. AISKRIM NUTELLA




RESEPI :

1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Masak air atas api kecil sehingga semua larut dan mengelegak. Anda boleh letak air lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi. Sejukkan dulu ye baru tuang dalam plastik dan letakkan nutella dengan cara lenyekkan nutella kemudian baru tuang campuran tadi.

5. AISKRIM GULA APONG/NISE




RESEPI :

3 Liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g Gula apong ori @gula nira
Daun pandan 2 helai

Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan. Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim.

6. AISKRIM CUMI




RESEPI :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam. Kemudian masak air sampai garam hancur dan masukkan baki 3 air tin. Kacau sehingga rata. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut.

7. AISKRIM STRAWBERI MASAM MANIS


........

NEXT PAGE




dan

0 Response to "13 Resepi Aiskrim Malaysia Viral yang Anda Perlu Cuba!"

Posting Komentar

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja..

Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja.. Bahan2: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu pekat 1 cwn...